Saturday, November 24, 2007

Usah lupa untuk bersyukur

Alhamdulillah hari ni dah boleh tarik nafas lega.Dua hari lepas anak-anak tak berapa sihat.Si abang batuk dan lelah (tak pernah kena pun sebelum ni), si adik pula terkena selsema.Biasala budak-budak, waktu camni nak memerap jela kerjanya.Anytime nak duduk dengan kita jer.Silap-silap cam kita pula yang sakit...ehehe.Mana taknya susah nak buat kerja lain.Itulah keistimewaan ibu ni.Time kita sakit pula diorang yang tolong tambahkan bebanan..aduss sabar jela.Tak pe, anyway peluang nak cari pahala lebih.

Ketika diuji inilah,dapat tengok sejauh mana kita dapat bersabar dan bersyukur dengan kehendak Allah swt.Dalam menghadapi kerenah anak-anak adakalanya kita terlupa untuk bersabar dan bersyukur.Sikap kita sebagai manusia biasa selalu terlupa atau buat-buat lupa.Terlupa ini sememangnya sifat manusiawi,tetapi sifat ini adakalanya membantu dan menyelamatkan kita daripada hal tertentu.Tetapi terlupa dalam hal remeh temeh juga boleh mendatangkan pelbagai kesusahan!Apatah lagi kalau kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada al-Khaliq yang maha Pencipta.

Dalam keluh kesah dan kesibukan menjalani hidup seharian(?) kita kadang-kadang bersifat alpa..sedar-sedar hari dah malam.terus tertidur dan tak sempat nak muhasabah diri sebelum melelapkan mata pada hari tersebut.Yelah,sekurang2nya untuk mengenang kembali apa yang telah dibuat sepanjang sehari suntuk sebagai hambaNya.Paling penting mengucapkan syukur di atas segala rahmat dan nikmatnya yang tak terhitung.

Kekadang bila ditimpa musibah,badan sudah tak berupaya untuk tegak berdiri barulah kita terasa nak bersyukur.Barulah terasa betapa nikmat kekuatan dan sihat yang Allah kurniakan amat bernilai.Itulah manusia.Kerana itulah masa sihat sebelum sakit mesti dihargai.Setiap hari perlu panjatkan doa memohon agar diberikan kesihatan yang berpanjangan dan reti untuk menghargainya.

Walau apapun.sekiranya ditakdirkan musibah atau penyakit usahlah cepat merungut atau saling menyalahkan orang lain.Akurlah dengan qadha' dan qadar Allah terhadap diri.Paling tidak sebagai kaffarah dosa-dosa yang telah dilakukan samaada sedar atau tidak.Berdoalah selalu kerana doa orang sakit atau ditimpa musibah adalah mustajab.Selagi kita tidak berputus asa selagi itulah kan ada ikhtiar untuk mengatasinya.Don't give up k.

Usahlah mengambil mudah di atas segala musibah yang menimpa kita.Tiada orang yang lebih menyangi diri kita kalau kita tidak menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.Paling utama bersyukurlah walau apapun kerana kalau kita merasakan diri paling tidak bernasib baik,ingatlah ada lagi orang yang lebih buruk nasibnya.

Dalam hal ni,teringat satu kisah, suatu masa ketika Amirul mu'minin Sayidina Umar al-Khattab tawaf di sisi Kabah,tiba-tiba beliau terdengar seorang hamba Allah berdoa di Multazam..اللهم اجعلنى من القليل (ya Allah jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit).Begitulah bunyi doanya.Khalifah hairan dan tidak faham apakah yang dimaksudkan.Kenapa orang itu minta supaya dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit.Setelah selasai tawaf orang itu dipanggil menghadapnya lalu ditanya kenapa doanya sedemikian.

Jawab hamba Allah itu:Betul khalifah.Bukankah didalam al-Quran ada disebutkan...." lantas dia membaca hujung ayat 13 dari surah Saba' yang bermaksud:..dan sedikitlah daripada hamba-hambaKu yang bersyukur".

Mendengar jawapan itu, Khalifah terus mencela dirinya sendiri..semua orang lebih 'alim dari engkau wahai Umar!

Demikianlah rahsia sepotong doa.Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu.

No comments: