Thursday, November 29, 2007

DPMI dalam kenangan

Ke mana saje pergi,pasti ada yang bertanya (soalan spot) ;bila nak balik? berapa haribulan? dah comfirm ke tiket?..hanya mampu tersenyum.Yang tahu bila kami nak balik hanya Allah dan my hubby jer (rahsia negara..hehe).Don't worry, insya Allah panjang umur kitorang akan balik juga.Terima kasih atas keprihatinan sahabat-sahabat and doakan agar segala urusan kami dipermudahkan Allah.Dah lama tak jumpa keluarga..uhuk,uhuk.

Sedar tak sedar hampir 7 tahun bermukim di Iskandariah.Alhamdulillah dalam tempoh 4 tahun bermula tahun 2000 hingga 2004 dapat habiskan pengajian kat sini.Then tabi' (teman suami) hinggalah sekarang.Ada cita-cita nak sambung M.A namun halangan tidak merestuinya.At least,nak seribu daya tak nak seribu dalih kan..entahlah.

Sepanjang tempoh ini,banyak perkara suka duka, pahit manis yang pastinya akan menjadi memori yang sukar untuk dilupakan.Kenangan bersama ahli bait,sahabat-sahabat,kawan arab,kuliah dan lain-lain sentiasa segar diingatan.Paling indah ketika sama-sama diamanahkan untuk menerajui DPMI (tak layak pun),yang penting banyak pengalaman dan ilmu dapat dikutip.Waktu itu baru naik tahun tiga Usuluddin dan tak disangka-sangka diri disunting orang and terus tukar status..ehehe.k.jue kan?kan?

Bila imbas balik nostalgia lama,teringat lagu tema DPMI yang sering dilaungkan disetiap kesempatan yang ada..mengharapkan di sana kan lahir kekuatan dan semangat dalam meneruskan perjuangan.Sampai sekarang masih ada lagi sahabat-sahabat satu batch yang terus menabur bakti demi DPMI dan Islam.Moga-moga kalian terus thabat dan diberi kekuatan oleh Allah.

Tarbiyyah Merealisasi Wehdah

Merintih harap segunung pengorbanan
Darimu teman pendokong risalah agama
Tarbiah dicerna lambang kecintaan
Sinar kedamaian itulah wawasan

Sulami ukhuwwah dengan ketaqwaan
Patrikan kasih jalinkan sayang
Buangkan taasub damaikan sengketa
Kentalkan jatidiri hiasi peribadi

Cernakan diri dengan pengorbanan
Sematkan semangat rela berkorban
Islahkan diri tingkatkan kualiti
Kebersamaan dipadu kesatuan diimpi

Di bahu kita terpikulnya amanah
Kitalah perubah kitalah pembina
Bangkitlah pejuang harapan
Tegak kebenaran dokongi wawasan

Maralah bersatu menyahut seruan
Tarbiah merealiasasi wehdah
Wehdah terpatri itulah janji
Mogakan gemilang matlamat hakiki

Demimu DPMI yang disayangi..
(lagu tema DPMI 2003)


Dedikasi buat k.nor.k.za,k.eni,k.uda,k.ma,k.jah,angah,k.na,k.jue n siti.Ukhuwwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasihNya.Namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain dibayangan mata.Detik waktu yang berlalu menjadi memori kita bersama.Inginku ulangi kisah dahulu agar terus bersemadi.Dikritik ditohmah perkara biasa.Sebab kita akur,nak puaskan hati semua orang diluar kemampuan yang ada.Apapun,kita doakan agar apa sahaja yang kita lakukan diterima Allah.Itulah yang diharapkan..Terima kasih atas ukhuwwah yang terjalin jua terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pertolongan yang dihulurkan.Kalian tetap diingatan biarpun terpisah beribu batu namun bila berkasih kerana Allah bertemu tak jemu berpisah tak gelisah.Moga ukhuwwah ini diberkati Allah.

Jalan Berfikir

Meniti hidup seharian,bermula terbit sang mentari hinggalah hilang cahayanya dari pandangan mata,terfikir adakah masa kurniaan Allah ini digunakan sebaiknya atau tidak,ke jalan yang menjanjikan redha Allah atau murkaNya.Selain memikirkan apa yang patut dilakukan untuk hari ini,minda ini juga diakses dengan pelbagai persoalan dan andaian pabila mengenangkan kehidupan akan datang.Keluarga,rumahtangga,kerjaya dan perjuangan.Semuanya memerlukan komitmen yang bukan sedikit.

Berbanding dengan kehidupan kini,duduk di negara orang,hanya menemani suami tercinta merealisasikan misi sucinya..banyak masa dihabiskan di rumah dan tak banyak yang membebankan fikiran.Celik mata,kena pastikan semua kerja rumah,makan minum suami dan anak-anak beres serta yang sewaktu dengannya.Pun begitu, sering terfikir apakah hidup ini semakin hari lebih mendekatkan diri dengan Allah khususnya dan memberi erti untuk Islam amnya atau sebaliknya.Apapun, tak kisahlah mungkin ini sudah takdir Ilahi dan berdoa agar apa saja yang dilakukan dinilai sebagai ibadah oleh Allah swt.

Walau apa jua lapangan hidup kita dan di mana kita berada,ada tiga perkara penting yang mesti difikirkan agar hidup kita tidak sia-sia.Semuanya ada hubungkait kita dengan Allah.Dari mana datangnya kita? Apakah tujuan kita diciptakan? Kemana kita akan kembali? Ini semua untuk memastikan agar hidup kita ada manfaat kepada diri juga orang lain.Inilah juga yang dinamakan fadhilat atau kelebihan dalam berfikir.

Setelah diperincikan lagi,ada empat perkara penting yang menjadi saluran berfikir yang diajar oleh Islam semasa hayat kita didunia ini.Antara perkara tersebut:

1.الطاعة (perkara taat)
2.والمعاصى (perkara maksiat)
والصفات المهلكات3 (sifat-sifat yang memusnahkan diri)
والصفات المنجيات4 (sifat-sifat yang menyelamatkan diri)

Walau banyak mana dan apa perkara sekalipun yang kita fikir dan lakukan,bila dicantum-cantum hakikatnya tak lari daripada empat perkara di atas.Samaada kita sebagai pemimpin,ibu bapa,guru,pelajar,peniaga dan sebagainya,mesti fikir perkara ini.Kalau hidup kita tak taat jawabnya maksiat.Nauzubillah..

Dalam masalah taat dan maksiat,bagaimana cara untuk kita menentukan adakah hidup kita pada hari tersebut dalam taat atau maksiat pada Allah? Ya,Islam telah mengajar umatnya agar melakukan semakan atau muhasabah terhadap anggota tujuh.Sebab itulah,Nabi s.a.w menggalakkan umatnya agar bertafakur sejenak selepas solat subuh.

Tangan,kaki,mata,telinga,hidung,mulut,perut pastikan semuanya ke arah taat kepada Allah.Kerana anggota tujuh inilah yang akan menentukan tempat kita di syurga atau neraka!Seterusnya mengenalpasti apakah sifat-sifat yang boleh memusnahkan diri dan yang mampu menyelamat serta melepaskan diri kita dari azab Allah swt.

Demikianlah kepentingan berfikir dalam Islam.Antara berfikir dan 'nengung' istilah orang pantai timur (berkhayal) ada bezanya.Berfikir ialah kita gerakkan akal dengan adanya kaedah dan matlamat.Adanya mati selepas hidup dan hidup semula sesudah mati merupakan kaedah yang telah dijelaskan dalam al-Quran.Manakala berkhayal lebih kepada membuang masa dan sia-sia.Fikir,renung dan muhasabahlah agar hidup kita selamat di dunia mahupun akhirat..

Saturday, November 24, 2007

Usah lupa untuk bersyukur

Alhamdulillah hari ni dah boleh tarik nafas lega.Dua hari lepas anak-anak tak berapa sihat.Si abang batuk dan lelah (tak pernah kena pun sebelum ni), si adik pula terkena selsema.Biasala budak-budak, waktu camni nak memerap jela kerjanya.Anytime nak duduk dengan kita jer.Silap-silap cam kita pula yang sakit...ehehe.Mana taknya susah nak buat kerja lain.Itulah keistimewaan ibu ni.Time kita sakit pula diorang yang tolong tambahkan bebanan..aduss sabar jela.Tak pe, anyway peluang nak cari pahala lebih.

Ketika diuji inilah,dapat tengok sejauh mana kita dapat bersabar dan bersyukur dengan kehendak Allah swt.Dalam menghadapi kerenah anak-anak adakalanya kita terlupa untuk bersabar dan bersyukur.Sikap kita sebagai manusia biasa selalu terlupa atau buat-buat lupa.Terlupa ini sememangnya sifat manusiawi,tetapi sifat ini adakalanya membantu dan menyelamatkan kita daripada hal tertentu.Tetapi terlupa dalam hal remeh temeh juga boleh mendatangkan pelbagai kesusahan!Apatah lagi kalau kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada al-Khaliq yang maha Pencipta.

Dalam keluh kesah dan kesibukan menjalani hidup seharian(?) kita kadang-kadang bersifat alpa..sedar-sedar hari dah malam.terus tertidur dan tak sempat nak muhasabah diri sebelum melelapkan mata pada hari tersebut.Yelah,sekurang2nya untuk mengenang kembali apa yang telah dibuat sepanjang sehari suntuk sebagai hambaNya.Paling penting mengucapkan syukur di atas segala rahmat dan nikmatnya yang tak terhitung.

Kekadang bila ditimpa musibah,badan sudah tak berupaya untuk tegak berdiri barulah kita terasa nak bersyukur.Barulah terasa betapa nikmat kekuatan dan sihat yang Allah kurniakan amat bernilai.Itulah manusia.Kerana itulah masa sihat sebelum sakit mesti dihargai.Setiap hari perlu panjatkan doa memohon agar diberikan kesihatan yang berpanjangan dan reti untuk menghargainya.

Walau apapun.sekiranya ditakdirkan musibah atau penyakit usahlah cepat merungut atau saling menyalahkan orang lain.Akurlah dengan qadha' dan qadar Allah terhadap diri.Paling tidak sebagai kaffarah dosa-dosa yang telah dilakukan samaada sedar atau tidak.Berdoalah selalu kerana doa orang sakit atau ditimpa musibah adalah mustajab.Selagi kita tidak berputus asa selagi itulah kan ada ikhtiar untuk mengatasinya.Don't give up k.

Usahlah mengambil mudah di atas segala musibah yang menimpa kita.Tiada orang yang lebih menyangi diri kita kalau kita tidak menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.Paling utama bersyukurlah walau apapun kerana kalau kita merasakan diri paling tidak bernasib baik,ingatlah ada lagi orang yang lebih buruk nasibnya.

Dalam hal ni,teringat satu kisah, suatu masa ketika Amirul mu'minin Sayidina Umar al-Khattab tawaf di sisi Kabah,tiba-tiba beliau terdengar seorang hamba Allah berdoa di Multazam..اللهم اجعلنى من القليل (ya Allah jadikanlah aku termasuk golongan yang sedikit).Begitulah bunyi doanya.Khalifah hairan dan tidak faham apakah yang dimaksudkan.Kenapa orang itu minta supaya dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit.Setelah selasai tawaf orang itu dipanggil menghadapnya lalu ditanya kenapa doanya sedemikian.

Jawab hamba Allah itu:Betul khalifah.Bukankah didalam al-Quran ada disebutkan...." lantas dia membaca hujung ayat 13 dari surah Saba' yang bermaksud:..dan sedikitlah daripada hamba-hambaKu yang bersyukur".

Mendengar jawapan itu, Khalifah terus mencela dirinya sendiri..semua orang lebih 'alim dari engkau wahai Umar!

Demikianlah rahsia sepotong doa.Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu.

Monday, November 19, 2007

Hati Seorang Mu'min

mu'min itu..
hidupnya tenang
tiada terseksa
sifatnya penuh kerdil
sentiasa rasa diri berdosa
takut melakukan kesalahan
tak jemu membuat kebaikan
bukan pahala diharapkan
bukan pujian diimpikan
secangkir redha tuhan diidamkan

mu'min itu..
ibadah bukan kerana syurga
tapi takutnya neraka
yang tersedia
sujudnya penuh tangisan
doanya penuh pengharapan
dia akan meneruskan pengabdiannya
dalam kekhusyukan dan keikhlasan
dalam sebuah pencarian
pengampunan pada dosanya
kasih Tuhan pada dirinya
redha Tuhan pada amalannya
tatkala jasadnya kaku membisu
pengabdian akan terhenti
di satu hari nanti
ketika dirinya menghadap Ilahi..

Sunday, November 18, 2007

Kalimah Iftitah

SYUKUR, syukur sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah Rabbul Izzati atas ni'matNya yang mencurah-curah, selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul junjungan ummah, sahabat-sahabiah para pengunjung yang mudah-mudahan sentiasa dalam lembayung ri'ayah wa rahmah..Salamullahi 'alaikum wrt.

Sesungguhnya hidup ini ada matlamat dan kewajipan yang perlu dilaksana. Pastinya dunia ini titian untuk ke sana, rela mahupun terpaksa, laluan yang penuh liku itu wajib diguna.

Matlamat kita hanya satu, keredhaan Allah destinasi dituju, dibawah naungan Islam kita bersatu.

Kehidupan kita ibarat satu pelayaran, dipukul ombak dan disapa 1001 dugaan, terkadang tanpa arah terus hanyut dilautan, lupa kompas ditangan dan bintang bertaburan, petunjuk jelas dari ar-Rahman.

Begitulah kita, al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman bekalan untuk memanifestasikan iman, namun terkadang diabaikan bukan sedetik dua malah berzaman.

Tika dilanda masalah, kita mula hilang arah,lupa jalan asal yang terarah, lantaran bekalan al-Quran dan as-Sunnah tidak diendah, apa yang hadir diterima dan berserah. Bukan melawan takdir tapi wajar kita menangkis setiap bahana yang menghampir agar diri tidak tersingkir lantaran diri rasa terpinggir. Setiap takdir yang hadir mahu kita berfikir bahawa hidup ini belum berakhir..

Pantang mengalah tatkala diselubungi masalah, kembalilah pada Allah jangan sekali berasa lelah, yang indah pastinya bukan mudah kerana syurga dipagari jutaan mehnah. Usah pasrah dalam berserah, ikhtiar dan mujahadah perlu dikerah...tika meniti kasihMu Allah.

MeNiTi KaSiH HaKiKi wujud membawa seribu makna buat diri yang ambil cakna, lebih-lebih lagi pada al faqirah yang kadang-kadang dibuai mimpi lena. Entahlah...moga-moga ia jadi penyedar tika kealpaan, pengingat tika kelekaan, suntikan dalam mentajdid iman dan amalan...

Akhiran, sama-sama padatkan ilmu mantapkan syakhsiyyah kejapkan iman ribatkan ukhuwwah utuhkan ummah terus thabat menegakkan Islam deenul mahabbah wal maghfirah...

al-faqirah ilallah,
8 Dzul kaedah 1428
18 November 2007