Sunday, November 18, 2007

Kalimah Iftitah

SYUKUR, syukur sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah Rabbul Izzati atas ni'matNya yang mencurah-curah, selawat dan salam buat Nabi Muhammad Rasul junjungan ummah, sahabat-sahabiah para pengunjung yang mudah-mudahan sentiasa dalam lembayung ri'ayah wa rahmah..Salamullahi 'alaikum wrt.

Sesungguhnya hidup ini ada matlamat dan kewajipan yang perlu dilaksana. Pastinya dunia ini titian untuk ke sana, rela mahupun terpaksa, laluan yang penuh liku itu wajib diguna.

Matlamat kita hanya satu, keredhaan Allah destinasi dituju, dibawah naungan Islam kita bersatu.

Kehidupan kita ibarat satu pelayaran, dipukul ombak dan disapa 1001 dugaan, terkadang tanpa arah terus hanyut dilautan, lupa kompas ditangan dan bintang bertaburan, petunjuk jelas dari ar-Rahman.

Begitulah kita, al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman bekalan untuk memanifestasikan iman, namun terkadang diabaikan bukan sedetik dua malah berzaman.

Tika dilanda masalah, kita mula hilang arah,lupa jalan asal yang terarah, lantaran bekalan al-Quran dan as-Sunnah tidak diendah, apa yang hadir diterima dan berserah. Bukan melawan takdir tapi wajar kita menangkis setiap bahana yang menghampir agar diri tidak tersingkir lantaran diri rasa terpinggir. Setiap takdir yang hadir mahu kita berfikir bahawa hidup ini belum berakhir..

Pantang mengalah tatkala diselubungi masalah, kembalilah pada Allah jangan sekali berasa lelah, yang indah pastinya bukan mudah kerana syurga dipagari jutaan mehnah. Usah pasrah dalam berserah, ikhtiar dan mujahadah perlu dikerah...tika meniti kasihMu Allah.

MeNiTi KaSiH HaKiKi wujud membawa seribu makna buat diri yang ambil cakna, lebih-lebih lagi pada al faqirah yang kadang-kadang dibuai mimpi lena. Entahlah...moga-moga ia jadi penyedar tika kealpaan, pengingat tika kelekaan, suntikan dalam mentajdid iman dan amalan...

Akhiran, sama-sama padatkan ilmu mantapkan syakhsiyyah kejapkan iman ribatkan ukhuwwah utuhkan ummah terus thabat menegakkan Islam deenul mahabbah wal maghfirah...

al-faqirah ilallah,
8 Dzul kaedah 1428
18 November 2007

2 comments:

Ummu Mishkah said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Mishkah said...

Asslamualaikum

Tahniah di atas pembukaan blog baru ni. Satu usaha dan permulaan yang baik. Moga akan menjadi medan terbaik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslimah di dalam perjuangan Islam.