Friday, December 7, 2007

Erti titisan air mata

Wanita seringkali dikaitkan dengan air mata.Terlalu sedih, gembira, insaf dan lain-lain antara punca mudahnya air mata seorang perempuan itu gugur.Juga satu-satunya senjata yang mampu melemah dan menundukkan kaum lelaki (?).Selalu dengar sahabat-sahabat meluahkan perasaan..kenapa ye perempuan ni mudah sangat mengalirkan air mata.Lebih-lebih lagi bila bergelar isteri dan diri sedang berbadan dua.Entahlah..mungkin ada sebabnya, terlalu sensitif atau beremosi ketika itu dan mungkin tak bersebab.Pun begitu, ada juga lelaki yang mudah menangis..macho pe.ehehe.Apapun, sama-sama kita pastikan agar air mata yang tumpah itu tidak sesia begitu sahaja.Paling penting biarlah dialirkan ke lurah-lurah yang disukai Allah..

Ketahuilah, pecinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang abid.Alangkah sedikitnya hartaku, keluh seorang hartawan.
Itulah perbezaan asbab antara tangisan dua insan yang bergelar hamba Allah.
Firman Allah swt yang bermaksud:"Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang". (al-Hasyr:20)
Sabda Rasulullah s.a.w :"Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada' dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah".
Sabdanya lagi:"Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih seorang wali"

Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan kerana ada tangisan yang mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya..Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan tentang syurga mana kelak yang dia akan bertakhta.
Nabi s.a.w bersabda:"kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih lebih Allah sukai daripada satu kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur".

Sedarilah, ketawa yang berlebihan adalah tanda lalai dan kejahilan.Ketawa seorang ulama' dunia akan hilang ilmunya, hilang wibawanya.Manakala ketawa seorang jahil semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi s.a.w bersabda:"Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa".
Seorang hukama' pernah bersyair :" Aku hairan melihat orang ketawa kerana perkara -perkara yang akan menyusahkan lebih banyak dari perkara-perkara yang menyenangkan".

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya.Kita ketawa walaupun sedar diri kosong dari amalan.Nabi s.a.w ada bersabda:"Sesiapa yang buat dosa dalam keadaan ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis!".Nauzubillah min zalik..Kekadang kita tak sedar berada dalam situasi begini.Mungkin dosa yang dilakukan itu dianggap terlalu kecil.Kerana itu, usah dipandang kecilnya dosa tapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa.Seorang kafir memandang dosa itu ibarat lalat yang hinggap dihidungnya lalu dihalaunya namun seorang mu'min melihat dosa seolah-olah bukit yang akan menghempapnya.
Bukankah Nabi s.a.w pernah bersabda:"Neraka itu dikelilingi nikmat, syurga itu dikelilingi bala'.

Justeru, bila sedar diri diselaputi dosa maka segeralah bertaubat.Kesal dengan dosa yang dilakukan.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu adalah banjiran air mata Nabi Adam a.s kerana bertaubat.Lalu subur dan sejahtera bumi kerana terangkatnya taubat.Alirkan air mata kerana takutkan murka Allah..
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :"kalaulah semua orang masuk ke syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu".
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya: "kenapa engkau menangis? Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang".
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan lalu dia mengharamkan matanya dari memandang langit seumur hidupnya seraya berkata:"sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu".
Tanyalah orang-orang soleh mengapa mereka tidak berhibur? Jawab mereka:"bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur itu di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami adalah Allah".
Usah biarkan air mata gugur tanpa erti.

No comments: